Monday, 9 March 2015

Bipolar Mood Disorder

Hati rasa sepi tatkala tiada hiburan optimis di mata. Rasa seperti ketinggalan tetapi tidak mahu mengejar. Perasaan yang seakan-akan berpaut pada kekeliruan. Hendak ke sana terfikir juga hendak ke sini. Itulah dia Bipolar Mood Disorder. Bukannya penyakit. Bukannya suatu virus mahupun simtom kepada penyakit. Tapi ianya merupakan suatu perubahan secara dinamik kepada diri sendiri. Lebih tepat kepada emosi dan cara berfikir. Lazimnya, mereka dibuai-buai khayalan mata dan hati. Berikut mengaburi mata dan sanubari. Mereka yang merasai Bipolar Mood Disorder ini seolah-olah tiada semangat untuk memenuhi sesuatu objektif bahkan dahulunya mereka tertarik untuk melakukan sedemikian. Mereka rasa kebosanan melanda secara tiba tiba dan tiada nokhtah hentinya. Mereka hilang bayang sendiri. Pakar dipercayai perlu dikongsi imaginasi. Berbual seakan-akan mengerti. Mengerti istilah hati. Mengerti istilah perasaan serta emosi. Bukan salah mereka, Bipolar Mood Disorder diangkat sebagai fenomena senyap dan tidak diketahui akibatnya. Mereka lalai dan mempercayai perkara ini tiada pokok pangkalnya. Biasa menjadi luar biasa. Perlahan menjadi laju. Lantang menjadi suatu gegaran kuat. Tiada salah. Tapi fahami diri lebih baik dan sebaik baik pengubat, Hayati misi serta visi kita di sini. Jangan terlalu mengikut landasan khayalan dan fantasi yang tiada penutup. Sedarlah. Biar hanya pada nama, Bipolar Mood Disorder.


Hidup akan menjadi susah, jika kita menjadikan ia senang. 

Asalammualaikum.

No comments:

Post a Comment